Breaking News
Home » Berita » Jemaah Haji Maut Kren Tumbang Di Masjidilharam Mekah

Jemaah Haji Maut Kren Tumbang Di Masjidilharam Mekah

Jemaah Haji Maut Kren Tumbang Di Masjidilharam Mekah. Hari ini dunia dikejutkan dengan tragedi yang meragut ramai nyawa jemaah haji. Kren itu tumbang ketika ribut melanda kira-kira jam 4.30 petang waktu Makkah berlaku 11 hari menjelang hari wukuf di Arafah yang dijadual pada 22 September ini.

Sementara itu Tabung Haji (TH) mengesahkan Tabung Haji (TH) mengesahkan 10 rakyat Malaysia cedera dalam insiden itu. Tiga mangsa kini dirawat di Hospital King Abdulaziz, Hospital King Faisal dan Hospital Annur. Enam lagi jemaah dirawat di Hospital TH Shisha manakala seorang lagi jemaah yang cedera ringan sudah pun dibenarkan balik . Pasukan kebajikan, perubatan dan peronda TH juga sudah dikerah untuk memberi rawatan dan pemeriksaan di kawasan terbabit, terutama kepada mangsa Malaysia.

TERKINI : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, seramai enam jemaah haji Malaysia masih belum dapat dikesan susulan kejadian kren tumbang di Masjidil Haram.

gambar kren runtuh di Masjidilharam makkah
gambar kren runtuh di Masjidilharam makkah

Doakan semoga semua dalam keadaan yang baik.

Sumber BH Online

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *