Home » Info Sukan » JDT Milik TMJ

JDT Milik TMJ

JDT Milik TMJ itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh PBNJ menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers. Tunku Mahkota Johor atau TMJ iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah secara rasminya menjadi pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim JDT.

Dibawah adalah kenyataan yang dipetik menerusi laman facebook JST.

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KINI PEMILIK KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM

Selaku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, saya ingin memaklumkan kepada para penyokong pasukan Harimau Selatan bahawa mulai musim 2016, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor secara rasminya menjadi pemilik kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim. Baginda yang sebelum ini adalah Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan meneruskan misi dan visi yang sama demi pembangunan bolasepak negeri Johor. Kami menjunjung tinggi usaha DYAM Tunku Mahkota Johor dalam memartabatkan lagi sukan bolasepak khususnya melalui kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim.

YB Dato Haji Ismail Bin Karim, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor

Selaku pemilik kelab JDT, TMJ akan lebih terbabit secara langsung dalam proses membuat keputusan dan pengurusan kelab berbanding sebelum ini selaku Penaung DiRaja yang lebih kepada memberikan bimbingan dan nasihat.

Sementara itu Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) akan mengelolakan pembangunan bola sepak negeri secara keseluruhan semnetara JDT akan menjadi kelab sepenuhnya dan berasingan dari PBNJ.

Johor Darul Ta`zim Milik TMJ
Johor Darul Ta`zim Milik TMJ

Check Also

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Pihak PDRM telah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *