Home » Info Sukan » JDT Dan Terengganu Setuju 16 Oktober 2014

JDT Dan Terengganu Setuju 16 Oktober 2014

Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2014 JDT vs Terengganu 16 Oktober 2014 – Setelah melalui kemelut yang panjang akibat penundaan tarikh jadual perlawanan suku akhir Piala Malaysia, akhirnya kedua-dua pasukan bersetuju dengan tarikh perlawanan yang dicadangkan FAM.
Tarikh ini dipersetujui hasil perbincangan kedua-dua wakil pasukan dan FAM. Perlawanan JDT vs Terengganu bakal berlangsung pada 16 Oktober 2014 di Stadium Larkin yang sebelum ini dijadualkan pada 17 Oktober atas permintaan JDT. 
Dalam pada itu juga FAM mengumumkan perlawanan separuh akhir pertama diubah ke 19 dan 20 Oktober berbanding tarikh asal 20 serta 21 Oktober. Perlawanan separuh akhir kedua kekal pada 24 dan 25 Oktober. Perlawanan akhir Piala Malaysia kekal 1 November 2014.
Piala Malaysia 2014

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *