Home » Berita » Janji Zamani Slam Pada Peminat

Janji Zamani Slam Pada Peminat

Janji Zamani Slam Pada Peminat. Mungkin semua sudah sedia maklum berkaitan penahanan Zamani Slam kerana dadah minggu lalu. Kes rakaman video menyanyi dengan tangan digari juga menjadi kes Zamani ini menjadi semakin hangat sehingga menjadi viral dilaman sosial Facebook dan twitter.

Ramai peminat seperti tidak percaya dengan apa yang menimpa penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang ini. Namun sebalik kejadian ini , ramai yang memberi sokongan agar Zamani kembali seperti sedia kala.

Dipetik dari satu laporan ( Astro Awani ) , vokalis terkenal Zamani Slam nekad akan cuba berubah dan menganggap penahanannya berkaitan kes dadah adalah tanda Tuhan masih sayangkan dirinya. Inilah janji Zamani kepada peminatnya.

“Ini saya anggap dugaan yang telah ditakdirkan untuk saya, apa yang terjadi adalah petanda bahawa Allah masih sayangkan saya. Saya akan cuba berubah namun saya tahu ia bukanlah sesuatu yang mudah. Saya akan berusaha walaupun pernah beberapa kali gagal sebelum ini,” – Zamani Slam

Berkaitan rakaman dia menyanyi lagu Gerimis Mengundang yang dirakam oleh anggota Polis dengan tangan bergari sehingga menjadi kemarahan ramai pihak kepada PDRM, dia menegaskan ketika diminta menyanyi, dirinya hanya menurut sahaja kerana menganggap ia adalah sekadar permintaan peminat.

“Saya tak sangka jadi begini, kerana saya fikir itu hanyalah untuk simpanan peribadi. Saya harap perkara ini tidak berpanjangan kerana anggota tersebut pun melayan saya dengan baik ketika dalam reman,”

zamani slam
Zamani Slam

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *