Breaking News
Home » Uncategorized » Janji Fakri Saarani

Janji Fakri Saarani

Tetiba nama Fakri Saarani menjadi sebutan setelah beliau gagal menjaringkan gol penalti ketika perlawanan akhir Bolasepak Sukan Sea 2011 dan kegagalannya menjaringkan gol dari beberapa peluang yang terhidang.Banyak cemuhan dan kutukan diterima Fakri Saarani terutama dari laman sosial Facebook.

Namun Fakri Saarani tampil dengan menyatakan bahawa beliau tidak ambil kisah tentang semua itu kerana itu dianggap asam garam bolasepak dan akan lebih menumpukan sepenuhnya kepada kelayakan Olimpik yang sedang berlangsung.

Fakri Saarani berjanji akan membuktikan sesuatu ketika perlawanan menentang Bahrain dalam kelayakan Sukan Olimpik Ahad ini.Fakri menegaskan, semangat dan keyakinannya berada pada tahap terbaik meskipun dihujani pelbagai tohmahan terutama selepas aksi menentang Syria, Rabu lalu.Perlawanan menentang Bahrain lebih penting buat dirinya dan negara berbanding melayan semua kritikan tersebut.

Saya memang tak kisah apa yang mereka mahu kata, mulut orang lambat laun akan penat dan berhenti tapi kalau tak mahu berhenti juga saya akan ambil semua itu sebagai sesuatu yang positif buat saya.Apa yang mereka katakan pada saya itu tidak langsung menjejaskan diri saya malah semangat saya berada pada tahap yang terbaik kini,” – kenyataan FAKRI SAARANI yang dipetikan dari utusan.

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *