Home » Santai » Jangan Rembat La Wei Bikin Malu Saja

Jangan Rembat La Wei Bikin Malu Saja

As salam.. mood ramadhan.. macam biasa aku hanya mampu aktif sebelah malam untuk update blog. Tak mampu nak ngadap screen dah.. confirm mata jadi kelabu asap. Selain bulan ramadhan.. kita juga dalam mood bulan kemerdekaan..

Yeah semangat ler sikit demi negara tercinta ni. Siapa tak sayang negara sendiri weii.. cuba bayangkan jika kita tanpa negara..mana nak lepak beb.. begitulah seperti nasib saudara kita di Rohingya..mereka tidak diiktiraf di negara sendiri. Bersama kita doakan mereka dalam keadaan selamat.

Tadi petang lepas kerja semua settle ( walaupun ada yang tak settle , buat-buat settle ) tergerak aku nak pasang bendera Malaysia kat depan pejabat ni. Maklumlah semangat patriotik sebagai rakyat Malaysia. Nampaknya kali ini aku terpaksa pasang kat kawasan pejabat je.

Aku pacak je kat pokok bunga tu.. tak mahu nak pasang kat pagar dah.. pasang hari ini.. esok lusa tinggal kayu je.. silap-silap dengan kayu sekali lesap.. kena rembat laa tu. Anak siapalah yang suka sangat rembat bendera eh.. tolonglah weyy.. nak bendera belilah.. sebab kita orang pun beli gak.. mana ada subsidi..

Jalur Gemilang Siap Dipasang

Jom kibar bendera sebagai tanda kita sayangkan negara kita..

Check Also

Taatlah

Assalamualaikum teman.. andai apa yg aku tulis ini salah dan tidak benar betulkanlah dengan hujah …

One comment

  1. nak buat ape jugak dengan bendera yang dia curi tu..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *