Breaking News
Home » Lawak » Jangan Ketawa Sebab Anda Dapat Backlink

Jangan Ketawa Sebab Anda Dapat Backlink

Jangan Ketawa Sebab Anda Dapat Backlink. Selamat berhujung minggu.. petang-petang ni mari lah jamu minda dengan bacaan ringan.. layan cerita lawak ni yang dah tentu bukan aku yang punya.. sekadar nak berkongsi sambil-sambil aku nak fikir-fikir nak tulis entri terbaru..(sebenarnya mati akal dah ni tak tau nak update apa..).

Pastikan jangan ketawa baca lawak pendek ni..tukar lak kalau lawak mesti nangis.. kalau sedih mesti ketawa..haha.. apa yang special setiap cerita ada satu backlink.. kita tengok sapa yang kena..haha..(aku tak kedekut maa nak kasi backlink..bukan kena bayar pun..huhu)

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat
bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah
abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

..lawak biasa-biasa je…tak tahu nak kredit kat sapa..huhu

Check Also

Sekali Sekala Gelak Ketawa

Sekali Sekala Gelak Ketawa. Assalammualaikum..dah puas bercuti? Esok isnin dah mula bertugaskan..biasanya orang cakap hari …

3 comments

  1. haha..tak tahan le baca apa yang Ajoi tu cakap…terima kasih bro…

  2. lawak2….nice..nk copy di fb…

  3. hahaha singa yang baik..;p..tq bro..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *