Menu Tutup

Jangan Bikin Hal

Seandainya kita tidak mampu untuk memberi kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mendatangkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.Boleh ke macam itu? Boleh punyakan.
Dahlah selama ini tak pernah menyumbang apa apa untuk orang lain..tetiba je muncul bikin hal pula.Sebab seorang punya hal habis semua dapat masalah.Dulu masa senang tak pernah pun nak sapa sapa anak buah,tegur tegur remaja atau turun kenduri kendara salam salam warga tua..sekarang bila dah jatuh gedebuk baru nak terhegeh hegeh nak tunjuk muka.
Tapi kalau setakat nak tunjuk muka tak apa,tapi nak tunjuk hero lagi tu.Konon nak jadi penegak bangsa dan nak ubah nasib.eehh wayang apa ini..Benda yang di buat tu semua nak cari simpati .. nak cari pengaruh..tetapi bagi kita orang nampak macam nak cari pasal.Sudah sudahlah..janganlah bikin mitos lagi.Jangan ganggu emosi orang yang tahu mana kaca mana manikam ini..

5 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *