Home » Uncategorized » Jam Tangan James Bond Bernilai RM612,364

Jam Tangan James Bond Bernilai RM612,364

Jam Tangan James Bond Bernilai RM612,364 ketika dibeli dalam satu lelongan.Seutas jam tangan Rolex yang dipakai oleh Roger Moore sebagai ejen perisik James Bond dalam filem Live and Let Die dijual pada harga 176,917 euro (RM612,364).Jam tangan itu dilengkapi dengan gergaji yang boleh membuat putaran dan digunakan untuk memotong seutas tali bagi menyelamatkan Solitaire yang dilakonkan oleh Jane Seymour daripada menjadi mangsa ikan jerung yang lapar dalam filem tersebut.Medan magnet yang terlampau aktif pada jam itu digunakan untuk membantu Moore mengelak terkena peluru.

Moore yang kini berusia 84 tahun pernah berlakon dalam tujuh filem James Bond bermula pada tahun 1973.Kali terakhir dia membawa watak ejen perisik yang memiliki lesen untuk membunuh itu ialah menerusi filem A View to a Kill pada tahun 1985.

Agensi / Kosmo

Check Also

The Red Warriors

Nama The Red Warriors Akan Ditukar ?

Nama The Red Warriors Akan Ditukar ? Itulah persoalan yang mungkin bermain difikiran peminat bolasepak …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *