Home » Info Sukan » Jadual Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2014

Jadual Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2014

Jadual Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2014 – Peminat dan penyokong bolasepak tempatan Malaysia pasti ternanti-nanti aksi kedua saingan suku akhir Piala Malaysia 2014. Berdasarkan kepada keputusan suku akhir pertama pasti sudah ada pasukan yang sudah mula berkira-kira peluang ke separuh akhir.
Felda United yang menang besar 4-0 keatas Selangor sudah pasti berada dalam kedudukan selesa dalam suku akhir kedua Piala Malaysia. Perlawanan kedua akan menyaksikan mereka bakal menjadi tuan rumah kepada Selangor dan ini sudah pasti satu kelebihan kepada Felda United. Perlawanan Felda United vs Selangor bakal berlangsung di Stadium Temerloh. 
Begitu juga pasukan Kelantan yang berjaya mengatasi Kedah ditempat sendiri 3-1 pada suku akhir pertama. Kelantan bakal bertandang ke Stadium Darulaman untuk perhitungan suku akhir kedua bertemu Kedah. Dua lagi perlawanan iaitu JDT vs Terengganu dan PDRM vs Pahang dijangka seimbang kerana mereka mencatat keputusan seri. Namun kelebihan bakal menjadi milik tuan rumah dalam perlawanan kedua.

Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2014

Berikut adalah jadual suku akhir Piala Malaysia 2014 perlawanan kedua 

10 Oktober 2014
Felda United vs Selangor ( 4-0 )
Kedah vs Kelantan ( 1-3 )

11 Oktober 2014
PDRM vs Pahang ( 1-1 )

17 Oktober 2014 ( diubah ke 16 Oktober 2014 )
JDT vs Terengganu( 0-0 )

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *