Home » Info Sukan » Jadual Siaran Langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017

Jadual Siaran Langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017

Siaran Langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017. Sainga TM Piala Malaysia kembali lagi dengan lapan pasukan akan beraksi. Perlawanan pada hari ini merupakan perlawanan yang ketiga bagi setiap pasukan untuk peringkat kumpulan.

Siaran langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017
Siaran langsung Piala Malaysia dan jadual perlawanan pada 18 Julai 2017

Perlawanan manakah yang akan menjadi tumpuan dari empat kumpulan ini. Dari susunan jadual perlawanan, perlawanan ketiga kumpulan dilihat akan menemukan pasukan pilihan setiap kumpulan.

Antara perlawanan tumpuan pada malam ini adalah pertemuan Selangor vs JDT di Stadium Selayang dan aksi juara bertahan Kedah yang akan bertandang ke Kota Bharu berdepan Kelantan. Selain itu perlawanan di venue lain turut menarik untuk disaksikan dan apakah akan ada kejutan dalam keputusan perlawanan nanti.

Siaran Langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017

Mesti ramai yang mengharapkan akan ada siaran langsung kerana perlawanan pada hari bekerja memang membataskan untuk pergi ke stadium bagi yang jauh. Namun untuk makluman semua, hanya satu perlawanan yang akan disiarkan secara langsung iaitu perlawanan dalam kumpulan B membabitkan Felda United vs Perak di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Jadual Perlawanan 18 Julai 2017
Dibawah dikongsikan jadual penuh perlawanan dan kedudukan terkini setiap kumpulan selepas dua perlawanan. Mungkin kedudukan akan berubah selepas tamat aksi pada malam ini.

JADUAL KUMPULAN A

Piala Malaysia 2017 group A
Piala Malaysia 2017 group A

Apa yang menarik dalam saingan kumpulan A adalah dua pasukan teratas kumpulan adalah dari pasukan Liga Perdana. Namun kedua pasukan akan bertemu sesama sendiri petang ini pada jam 4.45 petang di Stadium Proton Tanjung Malim. Bermain pada sebelah petang mungkin sedikit berbeza kerana kedua pasukan biasanya bermain pada sebelah malam. PKNP perlu menang untuk kekal selesa atau mungkin akan dipintas Negeri Sembilan dan Pahang andai tewas. Satu lagi perlawanan adalah pertemuan T-Team vs Pahang di Kuala Terengganu.

JADUAL KUMPULAN B

Piala Malaysia 2017 group B
Piala Malaysia 2017 group B

Aksi tumpuan dalam kumpulan B sudah pasti kepada pertemuan Felda United dan Perak di Jengka. Perak akan bertandang dihalaman lawan sudah pasti menghadapi laluan sukar namun mereka perlu menang untuk memastikan kedudukan teratas kumpulan tidak dirampas. Perlawanan malam ini adalah peluang terbaik Felda United mengutip mata penuh dan seterusnya memintas skuad seladang. Perlawanan ini disiarkan secara langsung di TV9 jam 9 malam.

JADUAL KUMPULAN C

Piala Malaysia 2017 group C
Piala Malaysia 2017 group C

Saingan kumpulan C turut sengit dengan perlawanan Kelantan vs Kedah di Kota Bharu sudah pasti mencuri tumpuan. Kelantan yang mengalami kekalahan dalam dua aksi Liga Super sebelum ini sudah pasti mahu bangkit mencipta kemenangan moral dalam saingan Piala Malaysia. Begitu juga dengan Melaka United yang perlu menang keatas UiTM selepas aksi sumbang dalam saingan liga.

JADUAL KUMPULAN D

Piala Malaysia 2017 group D
Piala Malaysia 2017 group D

Saingan dalam kumpulan D paling dinantikan dengan pertemuan Selangor vs JDT di Stadium Selayang. Kedua-dua pasukan terikat dengan mata yang sama cuba dipisahkan dengan beza jaringan. Berdasarkan prestasi semasa Selangor dijangka berdepan tugas sukar, namun tidak mustahil kejutan akan berlaku. Bagi Terengganu dan Sarawak pula mereka perlu menang untuk mengutip mata andai mahu terus memberikan saingan kepada Selangor dan JDT.

Dapatkan keputusan penuh Piala Malaysia 18.7.2017 [ klik pautan ]

Gambar adalah hakmilik FMLLP 

Check Also

keputusan Piala Malaysia 1 ogos 2017

Keputusan Piala Malaysia 1 Ogos 2017

Keputusan Piala Malaysia 1 Ogos 2017. Enam lagi perlawanan TM Piala Malaysia berlangsung. Hari ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *