Home » Info Sukan » Jadual Separuh Akhir AFF U19 Championship 2015

Jadual Separuh Akhir AFF U19 Championship 2015

Jadual Separuh Akhir AFF U19 Championship 2015. Berakhir sudah saingan peringkat kumpulan Kejuaraan AFF bawah 19. Pasukan Malaysia layak ke peringkat separuh akhir selaku naib juara kumpulan B. Malaysia mengiringi Vietnam ke separuh akhir kejohanan tahunan itu berikutan kelebihan perbezaan gol berbanding Myanmar walaupun kedua-dua pasukan berkongsi tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan peringkat kumpulan.

Pasukan Malaysia bakal menempuh lawan sukar bertemu juara bertahan Thailand namun tidak mustahil untuk mencapai misi ke perlawanan akhir. Berikut adalah jadual perlawanan separuh akhir yang akan berlangsung pada 2 September 2015.

AFF Championship U19 2015
AFF Championship U19 2015

Thailand vs Malaysia ( 4 petang )

Vietnam vs Laos ( 7 malam )

Perlawanan akan berlangsung di National Sports Complex.

 

Check Also

Keputusan Hoki Sultan Azlan Shah 2017

Keputusan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2017

Peminat sukan hoki sudah pasti menantikan aksi bertaraf antarabangsa Piala Sultan Azlan Shah. Kejohanan jemputan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *