Home » Info Sukan » Jadual Piala Malaysia 25 Ogos 2012

Jadual Piala Malaysia 25 Ogos 2012

Jadual Piala Malaysia 25 Ogos 2012 – Kehangatan saingan Piala Malaysia 2012 berterusan dengan semua pasukan akan mengharungi perlawanan kedua peringkat kumpulan masing-masing. Hari ini yang pasti mencuri tumpuan adalah pasukan elit seperti Kelantan dan Selangor yang kecundang dalam perlawanan pertama.Mampukah mereka mencipta kemenangan pertama atau memilih jalan sukar untuk layak ke peringkat suku akhir.
Selain itu kemampuan pasukan dari Liga Perdana seperti ATM dan Pahang yang telah berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan pertama. Tumpuan juga pasti terarah kepada perlawanan ATM vs Terengganu dimana Terengganu yang juga finalis musim lalu berjaya menewaskan Kelantan sebelum ini. 
Lain-lain pasukan yang mencari kemenangan pertama setelah seri dalam perlawanan 22 Ogos lalu adalah juara bertahan Negeri Sembilan , Felda United , Sime Darby dan Perak. Negeri Sembilan bakal melayan finalis Piala FA 2012 Sime Darby di Paroi malam ini. Turut mencari kemenangan pertama adalah pasukan dari kumpulan A terutama Johor FC yang bakal menentang Johor setelah berjaya mengikat naib juara Liga Super 2012 , Lions XII. Sementara itu Lions XII bakal bertemu PKNS malam ini di Stadium Jalan Besar.

JADUAL PIALA MALAYSIA 2012 25 OGOS 2012

Kumpulan A Piala Malaysia 2012
Johor vs Johor FC ( Stadium Tan Sri Hassan Yunos )
Lions XII vs PKNS ( Stadium Jalan Besar )

Kumpulan B Piala Malaysia 2012
ATM vs Terengganu ( Stadium MP Selayang )
Kelantan vs Kedah ( Stadium Sultan Mohd IV )

Kumpulan C Piala Malaysia 2012
N.Sembilan vs Sime Darby ( Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi )
Perak vs Felda United ( Stadium Perak ) [ live streaming ]

Kumpulan D Piala Malaysia 2012
T-Team vs Sarawak ( Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah )
Selangor vs Pahang ( Stadium Shah Alam )

Semua perlawanan bermula jam 8.45 malam kecuali pertemuan Lions XII vs PKNS 7.45 malam )

Check Also

keputusan Piala Malaysia 1 ogos 2017

Keputusan Piala Malaysia 1 Ogos 2017

Keputusan Piala Malaysia 1 Ogos 2017. Enam lagi perlawanan TM Piala Malaysia berlangsung. Hari ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *