Breaking News
Home » Info Sukan » Jadual Perlawanan Malaysia B-22 Di Jepun

Jadual Perlawanan Malaysia B-22 Di Jepun

Jadual Perlawanan Malaysia B-22 Di Jepun. Pasukan bawah 22 tahun kebangsaan kendalian jurulatih Frank Bernhardt yang juga merupakan skuad projek Sukan SEA 2017 akan menjalani latihan di Chiba, Jepun bermula dari 10 Jun sehingga 28 Jun 2016.

Seramai 27 pemain akan dibawa dalam latihan ini dimana mereka turut akan terlibat dalam tiga perlawanan persahabatan menentang kelab Jepun iaitu Yokohama FC pada 13 Jun, Machida Zelvia FC pada 20 Jun dan Shonan Bellmare pada 22 Jun. Tiga daripada senarai 27 pemain yang telah ke kejohanan bola sepak Nations Cup 2016 di Melaka dari 3 Jun hingga 5 Jun lepas telah digugurkan dan diganti dengan tiga pemain baru.

Dibawah merupakan jadual penuh aksi persahabatan yang akan melibatkan pasukan bawah 22 tahun Malaysia di Jepun.

Jadual Malaysia 22 di Jepun
Jadual perlawanan persahabatan Malaysia 22 sepanjang latihan mereka di Jepun

Keputusan perlawanan dan perkembangan pasukan akan dikemaskini di sini dari masa ke semasa.

Check Also

Keputusan Liga Perdana 24 Mei 2017

Keputusan Liga Perdana 24 Mei 2017

Keputusan Liga Perdana 24 Mei 2017. Lima perlawanan Liga Perdana Malaysia berlangsung untuk hari ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *