Home » Info Sukan » Jadual Liga Super 2 Mei 2015

Jadual Liga Super 2 Mei 2015

Jadual Liga Super 2 Mei 2015. Hanya lima perlawanan akan berlangsung pada hari ini manakala satu lagi perlawanan yang melibatkan pertemuan JDT vs Felda United akan berlangsung pada 3 Mei 2015 di Larkin.

Perlawanan tumpuan pada hari ini pasti kepada pertemuan dua pasukan Pantai Timur iaitu Pahang vs Terengganu di Stadium Darul Makmur , Kuantan. Pahang dan Terengganu kini mengumpul 14 mata dan berada pada kedudukan tangga ke enam dan ke tujuh liga dengan dibezakan faktor jaringan sahaja.

Turut menjadi tumpuan adalah pertemuan Selangor vs Perak di Shah Alam. Selangor dalam misi untuk kembali bangkit setelah tewas minggu lalu kepada pasukan Kelantan manakala Perak sudah pasti mahu meneruskan momentum kemenangan setelah berjaya menumbangkan JDT di Ipoh. Kekalahan minggu lalu turut menyaksikan Selangor kehilangan status pendahulu Liga Super kepada PDRM.

Mampukah Kelantan terus bangkit mencipta kemenangan demi kemenangan setelah agak hambar pada awal musim. Setelah berjaya menewaskan Selangor minggu lalu, kini Sarawak bakal berdepan tugas sukar di Kuching. Kehadiran dua pemain import baharus mereka rasanya banyak menajamkan barisan depan yang selama ini tumpul. Sarawak pula tiada banyak pilihan dengan harus menang di halaman sendiri untuk kembali memberi cabaran dalam mencari kedudukan terbaik liga kerana mereka kini berada pada kedudukan ke 10 liga. Perlawanan Sarawak vs Kelantan ini akan disiarkan secara langsung di TV9.

Jadual Carta keputusan liga super 2015
Liga Super 2015

Berikut adalah jadual penuh perlawanan Liga Super 2.5.2015

Pahang vs Terengganu
Sarawak vs Kelantan
Pahang vs Terengganu
Selangor vs Perak
Sime Darby vs Lions XII
ATM vs PDRM

Semua perlawanan akan berlangsung pada jam 8.45 malam mengikut jadual yang telah dikeluarkan. Sebarang perubahan tertakluk kepada FAM.

Dapatkan juga keputusan secara live score dari masa ke semasa jaringan perlawanan di SINI.

Check Also

keputusan Liga Super 20.9.17

Keputusan Liga Super 20 September 2017

Keputusan Liga Super 20 September 2017. Enam perlawanan berlangsung dengan perebutan kedudukan kedua Liga Super …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *