Home » Info Sukan » Jadual Liga Super 12 Ogos 2015

Jadual Liga Super 12 Ogos 2015

Jadual Liga Super 12 Ogos 2015. Pada rabu ini akan berlangsung perlawanan ke 19 Liga Super 2015 yang membabitkan lima perlawanan. Satu perlawanan dilangsungkan awal pada 11 Ogos iaitu pertemuan PDRM vs Felda United di Shah Alam.

Dengan berbaki empat perlawanan lagi musim ini, persaingan semakin sengit antara JDT dan Pahang dalam pemburuan kejuaraan liga. Begitu juga persaingan dalam kelompok pertengahan dan bawahan. Dibawah adalah jadual perlawanan yang akan berlangsung pada 12.8.2015

Terengganu vs Perak
Selangor vs ATM
Sime darby vs Sarawak
JDT vs Lions XII
Pahang vs Kelantan

Pahang yang kehilangan status pendahulu pada minggu lalu apabila tewas kepada Lions pasti mahu bangkit mencipta kemenangan untuk memastikan terus memberi tekanan kepada JDT yang kini dipuncak dengan kelebihan satu mata.

Persaingan merebut kedudukan ketiga carta juga semakin menarik dengan Selangor, Felda United, Terengganu, Lions, PDRM dan Perak berpeluang andai mampu mencipta keputusan baik dalam baki perlawanan yang tinggal.

Carta Liga Super terkini
Carta Liga Super

Diatas adalah carta terkini sehingga perlawanan ke 18 dimana kedudukan mata pasukan pertengahan tidka jauh beza antara satu sama lain.

Check Also

keputusan Liga Super 20.9.17

Keputusan Liga Super 20 September 2017

Keputusan Liga Super 20 September 2017. Enam perlawanan berlangsung dengan perebutan kedudukan kedua Liga Super …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *