Breaking News
Home » Info Sukan » Jadual Liga Hoki Dunia

Jadual Liga Hoki Dunia

Jadual Liga Hoki Dunia. Pasukan hoki Malaysia bakal bersaing dalam Kejohanan Liga Hoki Dunia (HWL) pusingan kedua yang akan berlangsung di Stadium Hoki Sengkang, Singapore. Kejohanan ini merupakan peluang terakhir pasukan hoki negara untuk mendapatkan satu slot ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016.

Dalam saingan Liga Hoki Dunia ini , Malaysia diletakkan dalam kumpulan A bersama Ukraine, Oman dan Singapore. Manakala kumpulan B Jepun, Poland , Bangladesh dan Mexico.

Malaysia terpaksa menghadapi jalan berliku untuk mara ke saingan separuh akhir HWL, yang dijadualkan berlangsung di dua gelanggang, sama ada di Argentina atau Belgium dan seterusnya ke saingan akhir di India untuk menempah slot ke Sukan Olimpik.

Berikut adalah jadual perlawanan yang melibatkan Malaysia dalam kumpulan A

Malaysia lwn Ukraine – Sabtu, 17 Jan (5.30 petang)

Malaysia lwn Oman – Isnin, 19 Jan (5.30 petang)

Malaysia lwn Singapura – Selasa, 20 Jan (8 malam)

Pasukan yang layak ke Sukan Olimpik Rio de Jeneirio adalah pasukan tuan rumah, lima juara benua dan enam ranking teratas dalam Liga Hoki Dunia.

SENARAI PEMAIN HOKI MALAYSIA DALAM LIGA HOKI DUNIA

Pasukan Malaysia Liga Hoki Dunia
Pasukan Malaysia Liga Hoki Dunia

Penjaga Gol: S.Kumar, Roslan Jamaludin.

Pertahanan: Azlan Misron, Baljit Singh, Mohamad Shukri Abdul Mutalib,Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin, Muhammad Razie Abdul Rahim (kapten).`

Pertahanan / Tengah: Mohd Shahrun Nabil Abdullah, Faiz Helmi Jali. Tengah: Meor Muhamad Azuan Hasan, Mohd Fitri Saari, Muhammad Marhan MohdJalil, Nabil Fiqri Mohd Noor

Tengah/Penyerang: Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil, Muhammad Haziq Samsul Penyerang: Faizal Saari, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin, Muhammad FirhanAshari.

Check Also

Live Streaming Lee Chong wei vs Chen Long

Siaran Langsung Lee Chong Wei vs Chen Long Badminton Olimpik 2016

Live Streaming¬†Siaran Langsung Lee Chong Wei vs Chen Long Badminton Olimpik 2016. Impian emas pertama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *