Breaking News
Home » Info Sukan » Jadual Keputusan Malaysia Hoki Piala Dunia Remaja 2016

Jadual Keputusan Malaysia Hoki Piala Dunia Remaja 2016

Jadual Keputusan Malaysia Hoki Piala Dunia Remaja 2016. Pasukan hoki remaja lelaki negara akan bersaing dalam kejohanan Piala Dunia Remaja 2016 atau Hockey Junior World Cup Men. Kejohanan berlangsung di Lucknow, Uttar Pradesh, India.

Jadual Keputusan Malaysia Hoki Piala Dunia Remaja 2016
Hoki Piala Dunia Remaja 2016

Pasukan hoki remaja Malaysia akan beraksi dalam kumpulan B bersama Belanda, Mesir dan Belgium. Untuk info, format kejohanan adalah  juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke perlawanan suku akhir. Pasukan yang berada di tangga ketiga setiap kumpulan akan layak ke perlawanan penentuan tempat ke-9 hingga ke-12. Manakala pasukan tercorot setiap kumpulan akan layak ke perlawanan penentuan tempat ke-13 hingga ke-16.

Berikut adalah keputusan dan jadual perlawanan yang melibatan pasukan hoki remaja Malaysia dalam saingan Hoki Piala Dunia Remaja 2016.

9 Disember 2016 8.30 malam waktu Malaysia
Malaysia vs Belanda 2-7

11 Disember 2016 6.30 petang waktu Malaysia
Malaysia vs Mesir 2-0

12 Disember 2016 6.30 petang waktu Malaysia
Malaysia vs Belgium

Perlawanan boleh diikuti secara langsung dan live streaming di Youtube FIH.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *