Home » Info Sukan » Jadual Keputusan Dan Carta Liga EPL La Liga Bundesliga Serie A

Jadual Keputusan Dan Carta Liga EPL La Liga Bundesliga Serie A

Jadual Keputusan Dan Carta Liga EPL La Liga Bundesliga Serie A musim 2014-2015 – Musim liga utama bolasepak eropah kini bakal bermula. Beberapa liga utama eropah bakal memulakan musim baru 2014-2015 tidak lama lagi. Apa yang pasti Liga Perdana Inggeris atau English Premier League EPL adalah liga yang menjadi tumpuan di dunia termasuk Malaysia. Selain itu beberapa liga utama seperti liga Jerman Bundesliga , Serie A Itali dan La Liga Sepanyol juga antara liga yang menjadi tumpuan.
Apa tidaknya didalam liga inilah ramai bintang bolasepak dunia beraksi. EPL musim 2014-2015 pasti menyaksikan saingan sengat kelab-kelab utama mereka seperti Manchester City , Liverpool , Arsenal , Chelsea dan Manchester United. Kelab-kelab inggeris adalah antara kelab yang aktif dalam pasaran perpindahan pemain menjelang musim baru. Tumpuan pasti kepada Manchester United ( MAN UTD ) dibawah pengurus baru Louis Van Gaal. Mampukah Man Utd bangkit musim ini ? 
La Liga bakal menyaksikan kemampuan Atletico Madrid mengekalkan penguasaan mereka musim lalu apabila berjaya menjuarai La liga. Begitu juga dengan dua kelab gergasi La Liga iaitu Barcelona dan Real Madrid. Barcelona juga dibawah pengurus baru dengan musim ini bakal disertai oleh pemain kontroversi Luis Suarez yang dibeli dari Liverpool. Real Madrid juga berjaya mendapatkan penyerang Colombia yang memenangi anugerah kasut emas dalam Piala Dunia 2014 James Rodriguez. 
Bagi Bundesliga , Bayern Munich adalah pasukan pilihan sebagai kelab yang sentiasa mendominasi kejuaraan Bundesliga. Borussia Dortmund adalah antara pasukan yang mampu mencabar Bayern Munich. Serie A pula menyaksikan Inter Milan , Juventus , AC Milan dan Napoli menjadi pilihan peminat bolasepak. Namun dalam saingan Serie A akhir-akhir ini sukar diramal pasukan pilihan kerana persembahan turun naik kelab-kelab utama. 
Untuk mengikuti secara lebih lanjut jadual , keputusan dan kedudukan carta liga EPL , Bundesliga , Serie A dan La Liga anda boleh melalui pautan CARTA LIGA BOLASEPAK. Selain itu boleh juga melalui pautan berasingan melalui senarai dibawah.

JADUAL , KEPUTUSAN , CARTA LIGA EPL MUSIM 2014-2015
JADUAL , KEPUTUSAN , CARTA LA LIGA MUSIM 2014-2015
JADUAL , KEPUTUSAN , CARTA BUNDESLIGA MUSIM 2014-2015
JADUAL , KEPUTUSAN , CARTA SERIE A MUSIM 2014-2015

Berita berkaitan bolasepak utama eropah boleh juga diikuti melalui update di www.infosukan.com atau di blog ini sendiri.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *