Breaking News
Home » Uncategorized » Jadual Cadangan Waktu Perjalanan PLUS

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan PLUS

Plus Expressways Bhd (PLUS) hari ini mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Plus sempena Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan.Plus memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagkan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap dan ganjil bagi melancarkan perjalanan di lebuhraya.

Pembahagian mengikut nombor pendaftaran ganjil dan genap ini adalah untuk memisahkan kumpulan pengguna lebuhraya dari utara dan selatan termasuk mereka yang ingin pulang berhari raya di saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 september.

Pengguna lebuhraya dari utara dan selatan yang kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 september dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum jam 12 tengahari bagi nombor pendaftaran genap.Bagi nombor pendaftaran ganjil dinasihatkan memasuki lebuhraya setiap jam ganjil pula.Ini hanya cadangan untuk memudahkan perjalanan anda.Baca seterusnya untuk jadual penuh [JADUAL CADANGAN WAKTU PERJALANAN PLUS]

JADUAL CADANGAN PERJALANAN DARI LEMBAH KLANG KE UTARA (27-29 OGOS)
-Perlis,Kedah dan Pulau Pinang ( sebelum jam 12 tengahari)
-Taiping,Kuala Kangsar dan Changkat Jering ( 12 tengahari hingga 3 petang )
-Ipoh ,Simpang Pulai dan Gopeng ( 3 dan 6 petang )
-Tapah,Bidor,Slim River dan Tanjung Malim ( selepas 6 petang )

JADUAL CADANGAN PERJALANAN DARI SELATAN
-Skudai,Johor Bahru,Senai dan Kulai ( sebelum 10 pagi )
-Ayer Hitam,Yong Peng dan Tangkak ( 10 pagi dan 1 tengahari )
-Melaka melalui Ayer Keroh ( 1 tengahari hingga 3 petang )
-Tampin dan Alor Gajah melalui Simpang Ampat ( 3 hingga 6 petang )
-Senawang,Port Dickson dan Seremban ( selepas 6 petang )

JADUAL CADANGAN PERJALANAN DARI UTARA KE KUALA KANGSAR DAN IPOH ( 1 hingga 4 September )
-Dari Perlis,Kedah dan P.Pinang melalui Juru serta Changkat Jering dan Taiping ke Kuala Kangsar dan Ipoh ( waktu perjalanan 1 hingga 6 petang )
-Ipoh,Simpang Ampat dan Gopeng ke Tapah,Bidor,Slim River dan Tajung Malim ( waktu perjalanan 4 hingga 6 petang )

Sempena musim perayaan ini,rancang perjalanan anda.Pandu Cermat Jiwa Selamat

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

4 comments

  1. Salam…kalaulah semua orang ikut jadual tsb pasti tenang lebuhraya.. kalaulah semua pemandu memandu dgn berhemah, mungkin kecelakaan dpt dielakkan…tapi, segalanya berkalau.

    Abang Long Online

  2. lepas ni buleh la ikut jadual ni walaupun aku x kan lalu jalan ni sbb dah ada kat terengganu. he he he 😛

  3. bagus!..tapi nak ke taiping dr jam 12 smpai 3 x boleh la..(salah sorg pengguna plus yg mgkn akan mngakibatkan jem)hehe

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *