Breaking News
Home » Santai » Jadilah Pendengar Yang Setia

Jadilah Pendengar Yang Setia


Bumi mana yang tidak ditimpa hujan,lautan mana yang tidak bergelora.Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..haha..berperibahasa pula sebagai pembuka bicara..

Dalam kehidupan yang penuh dugaan ini,kita memang tidak boleh lari dari masalah.Sebab masalah itu ada di mana mana.Cuma apa yang penting jangan kita pula yang sengaja mencari masalah.Bila ada masalah kenalah fikir cara penyelesaian,jangan biar dah terdesak baru nak terhegeh hegeh mencari formula jalan penyelesaian..dah terlewat beb..

Ramai juga sahabat yang bila berjumpa dengan aku meluahkan masalah yang terpendam.Minta buah fikiran.Sebenarnya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati dapat mengurangkan beban yang tertanggung walaupun itu bukan menjamin jalan penyelesaian.Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban yang tertanggung.

Kita sebagai orang yang mendengar luahan,jadilah seorang pendengar yang setia.Walaupun tidak dapat membantu,namun dengan mendengar masalah orang dapat juga memberi serba sedikit harapan untuk mencari jalan penyelesaian..2 otak yang berfikir dengan 1 otak yang tengah terbeban yang mana lebih cepat berfikir?

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

9 comments

  1. adess freaky bukan jenis yang suka luah masalah kt orang dan kadang2 x suka mendengar masalah orang lain.. kejam kan ?

  2. aku stuju dengan bro..orang yang dapat luahkan masalah kepada orang yg diharapkan dapat mengurangkan kegusaran dia sememangnya akan berasa lega yang amat sangat..

    kita bagi tips penyelesaiannya pun mungkin orang tuh akan hargai budi kita sampai mati pun ada kot..

  3. kenapa la agaknya ye akak ni susah sangat nak bercerita tentang apa2 masalah pada orang..akak lebih suka memendam rasa..biarlah..hehe 🙂

  4. Masalah itu mematangkan diri. Xde sspe pn kt dunia ni yg xde mslh. Then tol tu, ble kte luah kt org kte akn rse beban tu kurg sikit. Tp lbih rmai yg mmlih utk mmendam rasa, so at last diri sndri yg tnsen. huhu. Lastly stuju tjuk entri, jdilah pndgr setia. 🙂

  5. elie boleh jadi pendengar yg setia..nk luahkan apa2? cari elie ya?
    hehehe

  6. pendengar terbaek saya ialah my beloved mum 🙂

  7. betul2..xdpt bntu atleast dgr jelah..myb blh mgurgkn bebanan atau tekanan mslah.. 🙂

  8. Pendengar setia saya adalah umi..syg umi smpai mati..

  9. saya boleh jadi pendengar, tapi meluahkan itu susah XD

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *