Home » Berita » Jabatan Meteorologi Nafi Keluar Amaran Tsunami

Jabatan Meteorologi Nafi Keluar Amaran Tsunami

Jabatan Meteorologi Nafi Keluar Amaran Tsunami. Jabatan Meteorologi Malaysia atau MetMalaysia menafikan telah mengeluarkan amaran bahawa tsunami akan melanda Pulau Pinang, Langkawi dan Perlis seperti yang tersebar di media sosial. Jabatan itu dalam kenyataan akhbar di sini menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang nasihat atau amaran yang tersebar dalam media sosial yang sumbernya bukan daripada MetMalaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia

Amaran tsunami palsu itu mula tersebar sejak jumaat di laman media sosial oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk atau mendapat sebarang pengesahan maklumat melalui laman sesawang MetMalaysia dihttp://www.met.gov.my atau mobile web rasmi m.met.gov.my atau facebook https://www.facebook.com/malaysiamet. Selain itu boleh juga merujuk melalui laman twitter https://twitter.com/malaysiamet atau hubungi MetMalaysia hotline di talian 1-300-22-1 MET (1638).

 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *