Breaking News
Home » Santai » Itu Salah Ini Salah Dah Tu Apa Yang Betul ?

Itu Salah Ini Salah Dah Tu Apa Yang Betul ?

As salam buat semua.. agak lama tidak kemaskini blog ini akibat terlalu banyak program yang kena hadiri. Masa itu agak terhad untuk mengadap blog ini.Cuma sejak dua menjak ini..kekadang 3 menjak dan sehingga bermenjak-menjak ini aku agak terkilan dengan banyak perkara.Terlalu banyak cakap sana , cakap sini yang suka tuding-tuding jari.Semua nak menang.Semua mahu jadi hero..tapi yang peliknya hanya hero dimulut..perlaksanaan haram tak der..
Bila yang sana buat ini..yang sebelah sana kata tak betul..yang sebelah sana buat itu,yang sebelah sini memekak juga.Dah tu siap yang betul.Yang jadi mangsa adalah puak yang duduk tengah-tengah ini.Banyak benda yang mengelirukan kepada yang tak faham.Nanti mulalah timbul cakap cakap kedai kopi , kedai teh , kedai apa sajalah..dah yang puak tengah ini yang selama ini bersatu dah berpecah pula demi menegakkan pilihan masing-masing..tu dia ,, orang yang duduk sekitar 3 puak ini senyum dan gelak je..bagus..bagus..teruskan perbalahan kamu tu..
Nasihat akulah kan ( tu pun kalau nak dengar sebab siapalah aku ni ) .. bawa-bawalah berbincang..lembutkan hati tu untuk menerima pandangan.Jangan suka sangat menegakkan benang yang basah sedangkan benang yang kering pun memang tak boleh tegak..jangan musnahkan apa yang ada demi mencari sesuatu yang tak pasti..
Tembakan aku mungkin tak kena..tapi ada rasa..huhuhu..

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

One comment

  1. bincang membawa berkat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *