Home » Info Sukan » Isu Perpindahan Mat Yo Ke Johor Darul Takzim Selesai

Isu Perpindahan Mat Yo Ke Johor Darul Takzim Selesai

Antara isu yang hangat dalam bolasepak Malaysia ketika ini adalah isu perpindahan pemain paling bernilai Norshahrul Idlan Talaha dari Kelantan ke Johor Darul Takzim. Semalam FAM melalui Jawatankuasa Status FAM memutuskan Mat Yo hanya perlu membayar RM299,000 untuk tebus kontrak bersama Kelantan. FAM memutuskan isu ini telah selesai dan Mat Yo layak mewakili Johor Darul Takzim dalam saingan Liga Super 2013.
Mat Yo telah pun membayar sebanyak RM250,000 menerusi bank draf kepada KAFA pada 4 Januari 2013 dan RM49,000 lagi pada 5 Januari 2013.
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan ( KAFA ) , Tan Sri Annuar Musa menyatakan , menerima dulu keputusan yang dibuat FAM namun tetap akan menilai semula dan menyerahkan kepada peguam untuk diperhalusi.

sumber rujukan dan diolah dari Harian Metro

Check Also

keputusan Liga Super 20.9.17

Keputusan Liga Super 20 September 2017

Keputusan Liga Super 20 September 2017. Enam perlawanan berlangsung dengan perebutan kedudukan kedua Liga Super …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *