Breaking News
Home » Berita » Isu Kad Tambah Nilai di Caj GST

Isu Kad Tambah Nilai di Caj GST

Isu Kad Tambah Nilai di Caj GST. Panas media sosial hari ini dengan status kad tambah nilai atau topup dikenakan GST 6% oleh penjual. Untuk memastikan perkara ini tidak terus dibangkitkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata isu berhubung kad tambah nilai prabayar yang dikenakan GST syarikat telekomunikasi akan dibawa untuk perhatian Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Sebagai info, Cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak perlu dikenakan terhadap mana-mana kad tambah nilai prabayar kerana sudah terdapat cukai dikenakan dalam setiap kad itu.

Sementara itu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyaran pengguna menukar syarikat perkhidmatan penyedia telekomunikasi jika ada syarikat yang masih berdegil mengenakan caj GST 6 peratus. Beliau berkata pihaknya sudah menghantar surat saranan kepada syarikat telekomunikasi untuk menarik semula caj GST kepada pengguna.

“Saya akan bawa isu ini kepada pihak Kastam kerana saya melihat sudah ada arahan (mengenakan GST) daripada ibu pejabat syarikat telekomunikasi,” Datuk Seri Hasan Malek

Hasan Malek
Hasan Malek

Peniaga pula perlu menjalankan perniagaan mengikut etika dan tidak sesuka hati menaikkan harga serta mengenakan cukai sehingga membebankan pengguna. Pengguna perlu menjadi pengguna bijak yang membuat pilihan dan perbandingan harga sebelum membeli.

sumber AstroAwani

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *