Home » Info Hiburan » Isu Hijab Pasu Bunga Melly Goeslow

Isu Hijab Pasu Bunga Melly Goeslow

Isu Hijab Pasu Bunga Melly Goeslow. Setelah mendapat respon kurang baik di media sosial berkaitan gaya hijabnya, penyanyi popular Indonesia Melly Goeslow tampil membuat kenyataan. Harap semua peminat dapat menerima luahan hati penyanyi ini dan sama-sama istiqamah dalam memperbaiki diri dan mendoakan orang sekeliling kita juga mendapat kebaikan dan petunjuk.

“Saya hanya wanita yang sangat bahagia menutup bahagian-bahagian tubuh saya yang sebaiknya ditutup dan belum memenuhi syarat-syarat seperti wanita berhijab. Saya cuma seorang wanita, isteri, ibu dan kawan yang masih belum layak digelar wanita berhijab. Harapan di mana kelak saya boleh menjadi wanita solehah yang berhijab, berjilbab, tidak menyanyi, tidak main sinetron, tidak menjadi juri, tidak membiarkan dirinya di lihat orang lain di televisyen ataupun di media lain yang mana boleh mengundang fitnah dan maksiat, tidak main filem, tidak main media sosial dan hanya melakukan hal-hal yang seperti dilakukan isteri-isteri Rasul, ”

Begitulah antara petikan luahan Melly Goeslow berkaitan isu hijab yang seakan pasu bunga yang menjadi perhatian peminatnya dalam media sosial.

hijab pasu bunga melly goeslow
Melly Goeslow

sumber MediaHiburan

Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *