Home » Berita » Ismail Sabri Yaakob Tidak Akan Minta Maaf

Ismail Sabri Yaakob Tidak Akan Minta Maaf

Ismail Sabri Yaakob Tidak Akan Minta Maaf berkaitan isu kenyataannya berkaitan boikot peniaga cina yang tidak menurunkan harga sehingga menjadi viral di laman media sosial.

“Mengenai perkara ini, kita perlu lihat daripada sudut (positif), jika lihat negatif, negatiflah jadinya,” Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu, kenyataan berkaitan boikot itu adalah berniat baik dan akan memberi kebaikan untuk semua pengguna di Malaysia.

Dalam perkembangan lain berkaitan isu boikot peniaga ini , seramai 92 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara telah tampil membuat kenyataan menyokong penuh tindakan Ismail Sabri. Antara pendapat yang dikeluarkan , kenyataan Ismail wajar dilihat daripada sudut membawa faedah kepada rakyat pelbagai kaum.

Pihak PDRM pula menyatakan akan memanggil semua individu yang terbabit petang ini termasuk merakam percakapan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan kenyataannya mengenai isu boikot pemborong dan peniaga Cina. Selain itu beberapa pemimpin DAP, Gerakan dan MCA juga akan dipanggil berkaitan kenyataan balas masing-masing berkaitan isu itu. Semua mereka akan dipanggil untuk disiasat mengikut Kanun keseksaan 505 kerana membuat kenyataan yang membangkitkan rasa kegusaran dikalangan masyarakat.

Polis menasihat semua yang terlibat menghentikan pertelagahan secara terbuka terutama di media sosial kerana ianya tidak bagus untuk keharmonian masyarakat.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

sumber BH Online

 

 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *