Home » Uncategorized » iPhone 4S Bukan Model Baru ?

iPhone 4S Bukan Model Baru ?

iPhone 4S yang dikeluarkan oleh syarikat Apple bukan gajet baru seperti yang diharapkan oleh peminat gajet tersebut..iPhone 4s yang baru dilancarkan ini adalah model yang lama yang dipertingkatkan keupayaannya..oleh sebab demikian nilai saham syarikat Apple jatuh lebih 4 peratus di pasaran Wall Street.Pehh..kerana satu gajet boleh buat harga saham syarikat jatuh.Besar juga pengaruh iphone ini.
Hiasan Je

Ketua Eksekutif (CEO) baru Apple, Tim Cook, yang menggantikan pengasas Apple, Steve Jobs pada Ogos lalu, melancarkan iPhone 4S di ibu pejabat Apple di Cupertino, California.Pembaharuan dalam versi iPhone 4S ialah pemprosesan yang lebih pantas, kelajuan kamera dan arahan suara seperti ‘pembantu peribadi’, tetapi ia bukannya telefon pintar generasi baru iPhone 5 seperti yang dinanti-nantikan.


iPhone 4S akan mula berada dipasaran pada 14 oktober 2011.Buat permulaan cuma untuk pasaran Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain.Malaysia lambat lagi la kot.Harga untuk pasaran Amerika adalah  AS$199 untuk 16 gigabit manakala AS$399 untuk model 64 gigabit.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

8 comments

  1. rasa mcm baru saja i-phone 4 keluar, dah ada versi terbaru…

  2. brapa ingit ni..klau sopuloh ingit den boli lapan//

  3. klu dpt sebijik pon dh best nie..hehe

  4. sume org tunggu iphone 5,skali kua S laaaa.

  5. penangan iphone 4s ini saham apple jatuh…

  6. mesti mahal jugak ni..huhuhu siapa nak bg jijah hantaran ni..hahaa

  7. kalau murah nak jugak beli…..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *