Breaking News
Home » Info Hiburan » Instagram Palsu ABPBH 2014

Instagram Palsu ABPBH 2014

Instagram Palsu ABPBH 2014. Anugerah Bintang Popular Berita Harian adalah salah satu anugerah yang dipilih sepenuhnya oleh peminat dunia hiburan tanahair. Jadi tidak menjadi sesuatu yang pelik jika ada pihak atau individu mengambil kesempatan keatas populariti ABPBH 2014.

Terkini pihak jawatankuasa penganjur ABPBH 2014 mendapat ada akaun palsu anugerah itu di instagram yang telah pun mengeluarkan senarai awal Top 5 ABPBH 2014 pada hal pengundian masih lagi berjalan sehingga 8 Februari 2015.

Akaun palsu ABPBH 2014 itu mengunakan nama @top5abpbh2014 dan telah mengeluarkan senarai calon top5 dan itu sama sekali tidak benar kerana itu adalah akaun palsu. Akaun instagram rasmi ABPBH 2014 adalah @abpbh2014.

“Pihak ABPBH 2014 tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pengendali akaun palsu berkenaan kerana mengeluarkan maklumat yang tidak benar,” – pengendali akaun rasmi laman sosial ABPBH 2014, Farhana Ab Rahman

Borang undian ABPBH 2014 masih dalam proses pengiraan dan tarikh tutup penghantaran borang adalah pada 8 FebruariĀ  jadi semua kelab peminat calon awal atau pengundi masih lagi boleh menghantar borang undian sehingga tarikh tutup itu.

Akaun instagram palsu ABPBH
akaun palsu ABPBH 2014 di Instagram

Check Also

peserta Mentor Milenia 2017

Senarai Peserta Mentor Milenia 2017 TV3

Rancangan rialiti TV terbitan TV3 kini kembali untuk musim kedua. Setelah selesai sesi ujibakat kini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *