Breaking News
Home » Santai » Ini Baru Otai Beb

Ini Baru Otai Beb

As salam .. sapa rasa dia otai kek sini ? kalau rasa otai tu silalah rasa sendiri..tak payah bagi tahu orang..Cuma aku nak bagi tahu dan ketengahkan otai sepanjang zaman ni.. Otai yang tetap menjadi pilihan bila musim raya..haha.. ( mood raya dah mari..cerita rayalah weii ) . Bahulu.. bahulu..tahu tak kuih ni? Kuih tradisional ni..antara yang ter otai dalam generasinya..jadi kalau setakat biskut-biskut terkini tu kalau selisih atau duk sebelah bekas bahulu ni , kena tabik gak dengan bahulu ni..haha.
Sebut bahulu, memang ada kenangan eh. Kalau tak ada kenangan macam tak best nak cerita.. kenangan paling susah nak lupa adalah masa berebut dengan adik beradik masa kecil dulu. Semua nak yang bentuk ikan.. pada hal bentuk lain banyak lagi..nak ikan gak..wah hal rasa sama je dengan yang lain..
Lagi satu kenangan eh , kena paksa godak telur sampai kembang dalam tempayan, selagi tak kembang mana boleh bancuh lagi..hehe.. Rindu betul saat-saat dulu tu… apa apa pun Selamat Hari Raya semua..

Susah nak jumpa yang masak pakai sabut kelapa
Ini baru original dan sedap rasanya

Bentuk ikan tetap menjadi pujaan hati ku
Terkenang-kenang masa kecil-kecil berebut bentuk ikan tu.

Ingat lagi kena paksa kacau ni sampai kembang .
Bukan senang kerja kacau ni.. 

Check Also

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017. Hari ini 15.7.2017 merupakan perlawanan ke 16 buat semua …

3 comments

  1. baru la legend!hoho

  2. wahh bahulu eh.cendol pn buat bahulu raye ni.tp bahulu skrng kan dah lain.guna acuan letrik je.sng.nak pukul telur pn gne mesin pmukul.tak de lenguh tgn.hee slmt hari raya jugak 🙂

  3. wahhh syokk juga bt bauhulu..shida ade kngan bakr lemang jer hehee smpai ke mlm shida bjga hahaa ^_^

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *