Menu Tutup

INFO | Simpanan Tabung Haji Melalui Potongan Gaji

Skim Potongan Gaji Diri & Keluarga merupakan kemudahan yang disediakan oleh TH untuk pendeposit membuat simpanan bagi diri dan keluarga secara bulanan melalui potongan gaji.
Anda dan anggota keluarga hendaklah terlebih dahulu menjadi pendeposit dan mempunyai akaun Tabung Haji.Pendeposit perlu mengisi Borang BS 2 (Borang kebenaran untuk membuat potongan gaji bulanan) dan Borang BS 4 (Skim Potongan Gaji Diri dan Keluarga).

Borang asal BS 2 / BS 4 yang telah dilengkapi hendaklah dihantar terus ke Tabung Haji, manakala salinan BS 2 dihantar kepada majikan masing-masing, dan salinan BS 4 untuk disimpan oleh pendeposit.Borang BS 4 (Skim Simpanan Potongan Gaji Diri dan Keluarga) hendaklah menunjukkan pecahan simpanan yang hendak dimasukkan ke dalam akaun anda dan keluarga dan jumlahnya mestilah sama dengan jumlah potongan gaji yang hendak dibuat oleh majikan anda.

Jom sama-sama menyimpan..mana tahu ada rezeki kita leh juga menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah.

Untuk contoh borang sila klik SINI

9 Comments

  1. Syuxer

    walaupun ada duit kadang2 kena tunggu giliran gak..kalau lambat mendaftar memang sah kena lambat tunggu melainkan ada kabel..huhu

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *