Home » Berita » Info | Perkhidmatan Komuter Dilanjut Sempena Tahun Baru

Info | Perkhidmatan Komuter Dilanjut Sempena Tahun Baru

Perkhidmatan Komuter yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) akan dilanjutkan masa perkidmatannya sempena sambutan tahun baru 2012.Lanjutan masa itu bagi membolehkan orang ramai membuat perjalanan pulang selepas menyambut sambutan tahun baru di ibu negara.Berikut adalah laluan yang akan dilanjutkan perkhidmatannya.
KTM Komuter menyediakan empat perkhidmatan tren tambahan pada awal pagi 1 Januari, 2012 bagi laluan Mid Valley/KL Sentral- Rawang, Putra /KL Sentral-Seremban, dan KL Sentral-Batu Caves dan lima tren tambahan bagi laluan Putra/Kl Sentral-Pelabuhan Klang. Namun begitu, tiada perkhidmatan tren komuter tambahan bagi laluan Rawang-Tanjung Malim dan Seremban-Sungai Gadut.
Tren tambahan dan perjalanan tren terakhir bagi laluan Mid Valley/KL Sentral- Rawang pada jam 2.06 pagi, laluan Putra /KL Sentral-Seremban, pada jam 2 pagi, laluan Putra/KL Sentral-Pelabuhan Klang pada jam 2.06 pagi dan laluan dari KL Sentral-Batu Caves pada jam 2.10 pagi.
Orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan di talian bebas tol 1 300 88 5862 atau stesen KTM Berhad untuk maklumat lanjut dan terkini tentang perkhidmatan komuter.

Sumber Bernama

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *