Home » Berita » Info Banjir Di Kelantan Terengganu Dan Perak

Info Banjir Di Kelantan Terengganu Dan Perak

Info Banjir Di Kelantan Terengganu Dan Perak. Menurut laporan laman portal banjir dan media akhbar online, keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Perak semakin teruk setakat malam ini dengan 69,549 orang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir, berbanding 68,117 orang pada sebelah petang.

Info Banjir di Kelantan sehingga 25 Disember

Jumlah mangsa banjir di sembilan jajahan meningkat sedikit pada malam ini apabila 34,955 orang dipindahkan, berbanding 34,491 orang pada petang tadi yang membabitkan sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Kota Baharu.

Paras air beberapa batang sungai utama terus naik dengan Sungai Kelantan di Tangga Krai kini 34.11 meter melepasi bahaya 25m, Jambatan Guillemard 22.63m (bahaya 16m) dan di Tambatan Diraja 6.88m (bahaya 5m). Paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang adalah 10.41m melepasi bahaya 9m.

Info Banjir Di Terengganu

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu setakat ini Kemaman masih kekal dengan paling ramai mangsa iaitu 19,311 orang diikuti Dungun 7,478 orang, Kuala Terengganu (1,600), Besut (383) dan Hulu Terengganu (310). Pusat operasi yang masih dibuka pula 109 iaitu Besut (tiga), Dungun (37), Hulu Terengganu (tujuh), Kemaman (51) dan Kuala Terengganu (12) manakala pusat pemindahan di Marang ditutup petang ini.

Info Banjir Di Perak

Jumlah mangsa yang dipindahkan di ketiga-ketiga daerah di Perak iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Perak Tengah, yang terjejas akibat banjir setakat malam ini meningkat kepada 5,512 orang melibatkan 1,382 keluarga.

sumber Bernama dan laman portal banjir MKN Negeri

 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *