Home » Agama » 4 Golongan Yang Mendapat Pahala Dalam Menuntut Ilmu

4 Golongan Yang Mendapat Pahala Dalam Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya. Jangan ada rasa malas nak belajar dan bertanya kerana bertanya perkara yang kita tidak tahu itu adalah kunci kepada ilmu.

Pahala Untuk Yang Menuntut Ilmu
Pahala Untuk Yang Menuntut Ilmu

Seperti sabda Rasullulah s.a.w “Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.

Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu iaitu
1- Golongan yang suka bertanya akan sesuatu ilmu
2- Orang yang ada ilmu dan mengajar kepada orang lain
3- Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu
4- Orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.

Sebenarnya banyak manfaat ilmu dalam kehidupan kita.Jadi kita harus mencari ilmu sebanyak yang boleh dan menyebarkannya demi kebaikkan bersama. Tidak rugi berkongsi ilmu yang baik dan berfaedah. Dalam blogging juga banyak ilmu yang boleh kita dapat.Bagaimana yang buat blog, nak edit html, tips menulis yang baik dan berbagai lagi. Segalanya hasil perkongsian ilmu sesama blogger.

Maka menuntut ilmu itu tidak mengira usia sama ada seseorang itu muda atau tua, lelaki atau perempuan semua digalakkan menuntut ilmu. Yang penting tuntut ilmu yang baik serta bermanfaat.

Sumber rujukan fakta JAKIM

Check Also

rahsia bulan kelahiran

Rahsia Bulan Kelahiran

Rahsia Bulan Kelahiran. Bilakah anda lahir ? adakah benar setiap bulan kelahiran itu mempunyai keistimewaan …

5 comments

  1. cik hijau purple VS nur faie

    ckp psl org yg berilmu ny .

    CHP skg ny berkonflik dgn kwn CHP , die sombong cgt coz xnk share ilmu ngn CHP

    bncy cgt .

  2. tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China…

  3. Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine

    malu bertanya kawan sesat cari jalan pulang.. kepada yang berilmu gunkanlah sebaik2 nye kejalan yang betol.. tapi jangan terlampau taksub dengan ilmu yang kita pelajari 🙂 merana nanti

  4. Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu,iaitu golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu,Orang yang ada ilmu dan mengajar kepada orang lain,golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu dan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.

    p/s..golongan yang SUKAR bertanya ke SUKA bertanya bro ?

    nice entri …excellence:)

  5. =)
    suke entri nih!
    weeeee~
    semoga jadi golongan ini kan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *