Breaking News
Home » iklan Raya » Iklan Raya TM 2016 Memang Terbaik

Iklan Raya TM 2016 Memang Terbaik

Iklan Raya TM 2016 Memang Terbaik. Mungkin iklan dari syarikat TM ini bolehlah dikatakan antara yang terbaik untuk tahun 2016. Dengan mesej yang jelas berkaitan pembaziran makanan dan betapa ramai lagi orang yang sangat memerlukan makanan. Disamping itu mesej utama menekankan agar membuat sifat cepat buruk sangka pada orang lain.

Iklan Raya 2016 TM
Iklan Raya 2016 TM

Ini adalah catatan yang dipetik dari video iklan raya TM 2016 di Youtube memang jelas dan padat dan perlu diamalkan dalam kehidupan seharian, bukan hanya pada bulan Ramadhan atau musim perayaan yang mewah dengan makanan.

“Abang, ada makanan lebih tak…?”
Jangan cepat buruk sangka dekat seseorang, dan jangan membazir! Ada orang yang lebih memerlukan..
Iklan raya 2016 oleh TM 

Dalam video raya yang dibawakan oleh TM ini mengisahkan tentang Sofia salah seorang pekerja di dalam syarikatnya membawa pulang makanan berlebihan yang tidak habis didalam majlis makan yang diadakan di syarikatnya.  Pada suatu hari sewaktu majlis berbuka puasa diadakan di syarikatnya, banyak makanan yang berlebihan dan Sofia menawarkan dirinya untuk membawa pulang makanan tersebut. Rakan-rakan pejabat ada yang mentertawakan pada dirinya. Ada juga mengatakan yang Sofia seoalah-olah tidak kenyang dengan makanan yang dimakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut kisah Sofia anda boleh menonton video dibawah. Semoga mesej yang disampaikan dapat memberikan kesedaran kepada kita.

TONTON IKLAN RAYA TM 2016

Check Also

kau aku kita raya

Sinopsis Kau Aku Kita Raya

Sinopsis Kau Aku Kita Raya. Pasti ramai yang masih ingat akan drama Kau Aku Kita …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *