Breaking News
Home » iklan Raya » Iklan Raya Petronas 2016 Vroom Vroom

Iklan Raya Petronas 2016 Vroom Vroom

Iklan Raya Petronas 2016 Vroom Vroom. Seperti tahun-tahun sebelumnya apabila menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, iklan atau filem pendek dari syarikat korporat pasti dinantikan. Pasti ramai yang ternanti-nanti apakah mesej yang akan diketengahkan kali ini. Antara syarikat yang tidak pernah ketinggalan adalah Petronas.

Untuk sambutan aidilfitri 2016 ini Petronas bakal membawakan filem web Raya Petronas 2016 bertajuk ‘ Vroom Vroom ’ pastinya akan membuat penonton tersentuh dengan mesej kekeluargaan dan pentingnya kasih seorang ayah demi anaknya.

vroom vroom petronas Raya 2016
vroom vroom Petronas Raya 2016

Iklan atau filem pendek Vroom Vroom Petronas yang membawakan tema kekeluargaan dan pengorbanan mengisahkan seorang kanak-kanak, Azlan dan bapanya yang terpaksa meninggalkan rumah mereka selepas diusir oleh tuan rumah. Walaupun bersedih, bapanya berjaya untuk meghiburkan hati anaknya untuk membuatkan Azlan tersenyum kembali.

Iklan Vroom Vroom ini diarahkan oleh Maurice Noone dan dilakonkan oleh Mohamed Harris Mohd Heikal untuk watak Azlan semasa kecil manakala Muhammad Zaki Yamani Mohd Zahari membawa watak Azlan ketika dewasa.

Filem pendek Raya 2016 Petronas  Vroom Vroom telah dilancarkan di laman web petronasofficial.com manakala untuk siaran iklan di televisyen yang berdurasi 1 minit akan mula disiarkan pada 1 Julai 2016.

TONTON IKLAN PETRONAS RAYA 2016 VROOM VROOM

Check Also

kau aku kita raya

Sinopsis Kau Aku Kita Raya

Sinopsis Kau Aku Kita Raya. Pasti ramai yang masih ingat akan drama Kau Aku Kita …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *