Home » Berita » Hukuman Gantung Azilah Dan Sirul Kekal

Hukuman Gantung Azilah Dan Sirul Kekal

Hukuman Gantung Azilah Dan Sirul Kekal. Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang telah menjatuhkan hukuman gantung keatas dua anggota Unit Tindakan Khas polis atas dakwaan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Panel Hakim Mahkamah Persekutuan itu sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas membenarkan rayuan mereka.

Keputusan itu disampaikan oleh panel lima Hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan dianggotai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.
Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua responden selepas mendapati mereka bersalah melakukan pembunuhan itu. Kedua-dua responden didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara jam 10 malam pada 19 Oktober dan jam 1 pagi pada 20 Oktober 2006.

kes bunuh altantuya oleh azilah dan sirul
sumber AstroAwani

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *