Menu Tutup

Hujan Sudah Mari .. Operasi Cari Dan Gali

Pinjam Google

Pagi hujan, tengahari hujan, petang hujan, malam pun hujan ..erkk hujan malam syok woo..haha..walaupun hujan kita tak boleh mengeluh..itu sudah kehendaknya..Allah tidak menurun atau menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.Mesti ada sebabnya supaya manusia berfikir akan kekuasaanNya.Sedikit tazkirah di petang Jumaat eh..oklah kita tinggalkan pasal hujan..apa kata kita kita selongkar apa aktiviti best masa hujan ni…

Aktiviti best masa hujan adalah tidur..!! ok tidak..tidur dengan banyak hanya melembabkan otak dan membazir waktu hidup kita je..jadi buatlah aktiviti indoor apa yang patut sebab aktiviti outdoor memang susah sikit hujan-hujan ni.Tapi rasanya hari ini aku nak buat juga aktiviti luar rumah..aktiviti cari dan gali..khazanah yang jarang orang cari di hari biasa tapi memang best kalau layan musim hujan ni..ubi kayu convert jadi ubi rebus..pehh terangsang nafsu makan..hehe.

Siapa yang tak makan ubi kayu masa hujan ni memang rugi woo…makan panas-panas..pekena kopi 0 baik punya..kalau tak percaya cubalah..tapi awas..kalau terover sangat nanti akan berlaku fenomena masuk ubi keluar angin..pot sana pet sini..tapi sekali sekala apa salahnya..haha..

7 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *