Breaking News
Home » Teknologi » Huawei P9 Jadikan Anda Seperti Jurugambar Profesional

Huawei P9 Jadikan Anda Seperti Jurugambar Profesional

Huawei P9 Jadikan Anda Seperti Jurugambar Profesional. Kepada kaki snap gambar tidak kira untuk simpanan atau perkongsian di media sosial, pastikan anda mencuba telefon pintar Huawei P9. Tahukah anda bahawa Huawei dilengkapi dengan dwi-kamera 12 megapiksel pada bahagian belakang dan kamera 8 megapiksel pada bahagian hadapan, terbaik untuk selfie. Turut dilengkapi dengan teknologi Hybrid Focus bagi merakam imej yang bergerak dalam kelajuan tinggi. Teknologi dwi-kamera P9 berupaya menerima cahaya 270 peratus lebih tinggi berbanding iPhone 6s dan 70 peratus lebih tinggi daripada Samsung Galaxy S7. Nampakkan betapa telefon ini mendahului pesaing dengan teknologi kameranya.

Huawei P9 hadir dengan skrin hadapan yang dilengkapi kaca 2.4D bagi memudahkan gerakan jari di atas skrin serta mempunyai paparan skrin 5.5 inci. P9 dilengkapi dengan 3GB RAM dan 32 GB storan dalaman. Kuasa pemprosesnya dibekalkan CPU Huawei Kirin 955 64-bit dengan sistem operasi EMUI 4.1 berasaskan Android 6.0 marshmallow .

Huawei P9
Huawei P9

HARGA HUAWEI P9
P9 ditawarkan pada harga RM2,099 dengan tiga pilihan warna emas, kelabu, perak manakala P9 lite pula dijual pada harga RM1,099 dengan warna hitam, emas dan putih.

SPEC HUAWEI P9
Harga: RM 1,009 – RM 2,099
Dimensi: 145 x 70.9 x 6.95mm Berat: 144g
CPU: Huawei Kirin 955 (64-bit), Octa-core (4 x 2.5 GHz A72+ 4 x 1.8 GHz A53)
OS: Android 6.0
UI: EMUI 4.1
Memori: 32GB ROM, 3GB RAM/64GB ROM, 4GB RAM
Kamera: Dwi 12MP, 8MP (depan)
Bateri: 3000 mAh

Check Also

sembangchat

Aplikasi SembangChat

Aplikasi SembangChat adalah aplikasi bual pertama yang dibangunkan di Malaysia hasil kerjasama Teknik Padu Sdn Bhd. SembangChat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *