Breaking News
Home » Teknologi » Honda HR-V SUV

Honda HR-V SUV

Honda HR-V SUV. Honda Malaysia akan melancarkan HR-V  kenderaan utiliti sukan kompak (SUV) generasi baru pada Februari 2015.  HR-V yang membawa maksud Hip and Smart Runabout Vehicle.

HR-V SUV dijangka akan mendapat sambutan baik di Malaysia memandangkan ia menggabungkan ciri-ciri kelapangan, mesra pengguna dan mempunyai pelbagai fungsi.

HR-V SUV dikuasakan dengan enjin 1.8 liter i-VTEC SOHC yang dibina pada transmisi boleh laras berterusan dibangunkan di bawah Honda’s Earth Dreams Technology yang memberi tumpuan ke atas penambahbaikan prestasi pemanduan serta ekonomi bahan api.

HR-V SUV boleh ditempah melalui 77 pengedar Honda di seluruh negara mulai 6 Januari 2015.

honda HR-V SUV

CIRI-CIRI HONDA HR-V SUV

Mempunyai ukuran panjang 4,292 mm, lebar 1,722 mm, tinggi 1,605 mm dan jarak di antara roda 2,610mm, Honda HR-V serba baharu dilengkapi ciri-ciri keselamatan komprehensif antaranya seperti ‘Anti-lock Braking System’ (ABS), ‘Electronic Brake-force Distribution’ (EBD) dan ‘Brake Assist’ (BA).

Ciri-ciri keselamatan Honda HR-V SUV  ialah ‘Vehicle Stability Assist’ (VSA), ‘Hill Start Assist’ (HSA), ‘Emergency Stop Signal’ (ESS), ‘Daytime Running Light’ (DRL), ‘ISOFIX’ dan ‘6 Airbags’ (Dual Front SRS Airbags, Side Curtain Airbags and Side Airbags).

Jadual dan Lokasi jelajah memperkenalkan Honda HR-V ada seperti dibawah.

  • Mid Valley, Kuala Lumpur : 6-11 January 2015
  • Sunway Carnival, Penang : 9-11 January 2015
  • Avenue K, Kuala Lumpur : 12-14 January 2015
  • Paradigm Mall, Petaling Jaya : 16-18 January 2015
  • KSL Mall, Johor Bahru : 16-18 January 2015
  • Village Mall, Sungai Petani : 23-25 January 2015

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *