Menu Tutup

Hentikanlah

Hentikanlah.!! Boleh tak kalau aku minta tolong sangat hentikan.Bukan suruh lupakan tapi cuma hentikan.Semakin lama semakin ramai yang tumpang sekaki nak join.Tak tahu ler sebab apa..masing-masing ada agenda sendiri..mana kita tahu.Cuma bab yang tumpang sekaki ni lah yang menambah semak dan celaru.Bukan semakin terurai tapi menambah lagi kesusutan yang memang dah kusut.

Makin ramai yang turut mencatuk bawa cerita masing-masing,semakin buat orang keliru.Kau cakap macam ni..dia cakap macam ni..yang itu kata dia betul..yang betul jadi tak betul..biar betul beb!!!.Bagi aku,sejarah tetap sejarah..cuma sedikit kekeliruan akan timbul bila kita tersalah tafsir dan di tokok dengan cerita si hero yang menambah-nambah.Pening laa macam ni.Banyak lagi hal-hal yang lebih penting yang pertu di debat…alahai ekau ni jang.

Aku tetap menghargai sesiapa saja yang terlibat dalam perjuangan..tak kira di mana aliran tapi yang pasti kearah kebebasan negara.Aku akui jasa mereka sangat besar.Bukan saja pada zaman komunis tapi sejak zaman British dan Jepun lagi.Cuma aku pelik kenapa ramai sangat pejuang selepas merdeka ni yang aku tengok macam rasa tak merdeka je..

Aku hanya pemerhati dan sudah tentu bukan politikus..merdeka minda dan jiwa..baru kita kenal siapa kita..maaf kalau tafsiran aku salah,kerana pemikiran kita memang selalu berbeza.Aku neutral sentiasa..tapi aku ada kuasa tentukan siapa yang terbaik walaupun cuma ada satu pangkah.

12 Comments

  1. Elih Japahar

    Sejarah telah diputar belitkan sejak awal2 lagi..sekrg ni makin ramai yg terasa tertipu dan berani bersuara..kita pangkah mana yg kita rasa betul sj la

  2. ArulchelseA

    apa lgi…mansuhkan pulak hari merdeka.. malaysia sebenarnya tk dijajah..kih kih kih..

    *dan sebona eh tanah pingir den tu tanah orang..selamo ni den motong kobun org.. kih kih kih

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *