Home » Petua Dan Tips » Hentikan 7 Tabiat Ini

Hentikan 7 Tabiat Ini

Hentikan 7 Tabiat Ini Jika Hendak Sihat. Kesihatan banyak dipengaruhi oleh gaya kehidupan kita. Selain dari kebersihan diri, pemakanan banyak perkara lagi yang boleh mempengaruhi tahap kesihatan. Kekadang kita tidak perasan , dah jaga pemakanan pun masih sakit lagi.

Hentikan 7 Tabiat Ini
Hentikan 7 Tabiat Ini

Disini dikongsikan tujuh tabiat yang boleh mengundang risiko pada kesihatan anda tanpa anda sedari. Jadi elakkan tujuh tabiat ini.

TIDUR MENIARAP 
Posisi ini memang membuatkan anda lebih mudah untuk tertidur. Elakkan dari tidur terlalu lama dalam posisi ini kerana leher anda boleh mengganggu peraliran darah. Cara tidur yang paling bagus adalah adalah terlentang atau mengiring. Jika biasa buat, sila tinggalkan tabiat ini.

TALI PINGGANG TERLALU KETAT
Mengikat tali pinggang terlalu ketat juga boleh mengganggu sistem penghadaman anda dan akan menekan perut serta organ dalaman. Kesannya, proses penghadaman tidak berjalan dengan baik. Pakailah dengan cara yang betul. Biar ada sedikit ruang jangan terlalu ketat sehinggan terasa sakit pada bahagian pinggang.

REGANGAN SELEPAS BANGUN TIDUR
Jangan terus buat regangan selepas bangun tidur kerana kebiasaan ini boleh merosakkan sendi pada tulang belakang. Kesannya anda sakit pada bahagian punggung dan leher. Disarankan selepas bangun tidur, lebih baik anda terus bangun, berjalan di sekeliling rumah, minum air putih atau menggosok gigi. Lepas semua settle bolehlah buat senaman ringan.

MEMAKAI JEANS TERLALU KETAT
Jika dipakai setiap hari, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan kerana ia menghadkan gerakan badan anda dan merasa kurang selesa dengan aktiviti yang anda lakukan. Malah, jeans terlalu ketat juga berpotensi menekan pengaliran darah. Gunalah pakaian yang selesa. Pakaian ketat macam tak sopan je..

SILANG KAKI
Duduk dengan menyilang kaki boleh meningkatkan tekanan darah systolic (tekanan ketika jantung berdenyut sambil mengepam darah) sehingga 7% dan tekanan darah dialostic sehingga 2%. Sebaiknya, elakkan menyilang kaki lebih daripada 15 minit dan jangan duduk dengan posisi dan tempat yang sama lebih dari 45 minit.

BEG TANGAN DI SISI
Kebiasaan inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan otot dan menyebabkan rasa sengal. Sebaiknya, jangan membawa barang terlalu banyak dalam beg dan keraplah berganti antara bahu kiri dan kanan.

KERAP MEMBONGKOK
Dengan membongkok, ia boleh menyebabkan rasa sakit pada bahagian bahu dan member tekanan kepada tulang belikat anda.

Jika anda biasa mengamalkan tujuh perkara diatas, silalah tinggalkan. Ubah cara anda untuk hidup yang lebih sihat.

 

sumber majalah rapi

 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *