Breaking News
Home » Berita » Helikopter TUDM Terhempas Di Tawau

Helikopter TUDM Terhempas Di Tawau

Gambar Helikopter TUDM Terhempas Di Tawau. Sebuah helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung,Tawau Sabah pada 4.10.2016. Kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi.

Dilaporkan 13 anggota tentera dan empat pelajar cedera dalam kejadian ini. Helikopter terbabit dipercayai melanggar bucu bumbung bangunan sekolah sebelum terhempas di dewan sekolah terbabit. Ketika kejadian, sesi pembelajaran sedang berlangsung.

Sementara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan semua anak kapal dan penumpang helikopter yang membuat pendaratan cemas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, Tawau selamat. Kementerian Pertahanan menerusi laman sosial Twitter melaporkan, helikopter membawa 14 penumpang itu berlepas dari pangkalan pada jam 7.35 pagi bagi membuat latihan penerbangan harian biasa.

GAMBAR HELIKOPTER TUDM TERHEMPAS DI TAWAU

Helikopter TUDM Terhempas

Helikopter TUDM Terhempas 4.10.2016

Helikopter TUDM Terhempas Tawau

Gambar Helikopter TUDM Terhempas

Sumber Berita : BH Online Gambar : Media Sosial 

Check Also

keputusan Liga Super 26 April 2017

Keputusan Liga Super 26 April 2017

Keputusan Liga Super 26 April 2017. Saingan diteruskan dengan enam perlawanan berlangsung. Beberapa venue juga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *