Breaking News
Home » Berita » Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Pelakon dan pelawak terkenal tanahair Harun Salim Bachik Meninggal Dunia kira-kira jam 5 petang tadi ( 8 Mac 2015 ). Difahamkan allahyarham meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.

Sehingga saat ini, punca kematian Allahyarham Harun Salim Bachik masih belum dapat diketahui.

Harun atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan di TV3 pada awal tahun 90-an. Nama Harun disebut-sebut kembali apabila gandingan beliau bersama pelakon dan pengarah Afdlin Shauki dalam kumpulan Boboi di Maharaja Lawak Mega mendapat sambutan ramai.

harun salim bachik
harun salim bachik

Selain berlakon Harun Salim Bachik juga merupakan seorang penyanyi. Pernah menghasilkan satu album pada tahun 1996 yang berjudul Belilah. Lagu yang paling mendapat sambutan dalam album tersebut ialah Banjir. Antara filem-filem lakonan beliau adalah Man Laksa, Baik Punya Cilok, dan Apa Kata Hati. Beliau adalah anak lelaki kepada seorang pelakon zaman 50-an iaitu Allahyarham Salim Bachik.

MySensasi mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Innalillah hiwainna ilahiroji’un
sumber BH Online / Astro Awani

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *