Breaking News
Home » Uncategorized » Harimau Tak Gentar Di Sangkar Garuda

Harimau Tak Gentar Di Sangkar Garuda

Harimau Baham Garuda

Tahniah buat semua pemain Malaysia atas kejayaan mempertahankan pingat emas Sukan Sea.Setelah segala tekanan yang dihadapi sepanjang temasya Sukan Sea.Perkataan ganyang Malaysia yang sering dilaungkan akhirnya memakan diri sendiri.Sekali lagi tahniah buat anak buah Ong Kim Swee yang mampu menyerap segala asakan Garuda yang sering memperlekehkan kemampuan Harimau Muda.

Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi untuk mengekalkan pingat emas.Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan 30 minit.Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35.

Fuhh…bangga bila aku tengok bendera jalur gemilang akhirnya dinaikkan diiringi oleh lagu negaraku.Tak kisahlah lepas ni apa mereka nak balik naik apa..barracuda ke..kuda ke..kita dah membuktikan pasukan Malaysia yang terbaik.Kita berjaya robek ego garuda di sangkar mereka..moralnya ..respect each other..jangan pandang sebelah mata..kerana harimau tidak gentar dengan sesiapa..haha…semangat betul malam ni..

VIDEO JARINGAN GOL
VIDEO DEBARAN SEPAKAN PENALTI

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

10 comments

  1. haha..cepatnya update..br je td..

    tahniah harimau malaya! 🙂

  2. garuda patah sayap ini malam.hahaha

  3. Sungguh terharu dengan kemenangan ini! chewah! macam kita lak yg main hehe..

  4. bangga gila dgn kemengan ni .
    tahniah malaysia ! btw cepat gila update 😀

  5. Harimau dh telan pn garuda tu.. ehe..

  6. aummmmmmmmm. tahniah skuad malaysia. sampai kering tekak menjerit semalam!

  7. tahniah malaysia..:)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *