Home » Info Sukan » Harimau Muda B-16 Tempah Aksi Final Asia Champion Trophy 2014

Harimau Muda B-16 Tempah Aksi Final Asia Champion Trophy 2014

Keputusan Harimau Muda U-16 vs Chonburi FC Separuh Akhir Asia Champions Trophy 2014 – Pasukan Harimau Muda bawah 16 tahun menempah slot ke perlawanan akhir saingan Juara-Juara Asia apabila mengatasi juara bertahan dari Thailand , Chonburi FC dengan agregat 6-1 setelah menang 3-0 pada aksi kedua ditempat lawan. Pada aksi separuh akhir pertama di Janda Baik , Harimau Muda menang 3-1.
Pada saingan separuh akhir kedua , penyerang Harimau Muda B-16, Najmuddin Samat menjaringkan gol pada minit 61 setelah menerima umpanan cantik dari pemain tengah Najib Abdullah. Najib abdullah sekali terlibat dalam menghasilakan gol kedua apabila hantarannya sekali lagi berjaya disempurnakan oleh Mohd Zulkhairi pada minit 63. Kogileswaran Raj meletakkan Haraimau Muda selesa dengan tiga jaringan apabila meledak gol pada minit akhir perlawanan.
Asia Champions Trophy 2014
Pada perlawanan akhir nanti , Harimau Muda B-16 akan bertemu pasukan PVF Vietnam dalam saingan timbal balik. Sebelum itu PVF Vietnam menewaskan Frenz United Malaysia dengan agregat 4-0. Perlawanan akhir akan berlangsung pada 23 dan 30 Ogos 2014. 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *