Breaking News
Home » Info Sukan » Harimau Malaya Bangkitlah Demi Malaysia

Harimau Malaya Bangkitlah Demi Malaysia

Hari ini 29 November 2014 merupakan detik penentuan buat pasukan Malaysia dalam saingan Piala AFF Suzuki 2014. Perlawanan terakhir dalam kumpulan B bertemu pasukan tuan rumah Singapore. Hanya kemenangan yang mampu mengubah nasib Harimau Malaya. Sebarang keputusan lain adalah jalan penamat kepada perjuangan AFF Suzuki Cup. Bangkitlah Harimau Malaya

Bangkitlah Harimau Malaya

Bermain dihadapan ribuan penyokong lawan adalah satu kesukaran selain dari pasukan lawan sendiri. Dua lawan serentak hanya ketahanan mental dan fizikal yang mampu memberi kekuatan buat semua pemain. Perlawanan Malaysia vs Singapore merupakan perlawanan penting buat kedua pasukan. Selaku tuan rumah, kekalahan bakal mengundang kepada penyingkiran begitu juga dengan pasukan Malaysia. Ketika Myanmar masih lagi mampu bersaing namun sedikit sukar dengan lawan mereka Thailand. Namun dalam bolasepak, segalanya mungkin.

Siapakah yang bakal diharapkan sebagai mesin pencetak gol. Bahagian serangan sudah semestinya diharapkan dapat memberi sesuatu. Bahagian tengah juga antara yang mampu mengubah corak setiap pasukan selain kemampuan beberapa pemain pertahanan yang boleh diharap membuat kejutan mencipta jaringan.

Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha antara pemain yang mampu memberi sedikit harapan buat Dollah Salleh. Mungkin mereka agak berkarat sejak akhir-akhir ini namun saya masih yakin kedua mereka mempunyai sesuatu yang sangat bernilai. Manaf Mamat juga harus diberi peluang.

Malam ini perlawanan akan berlangsung diatas padang rumput yang jauh berbeza dari padang tiruan dalam dua perlawanan terdahulu. Semoga pemain Malaysia mampu menjelmakan watak sebenar sesuai dengan nama Harimau Malaya. Kelibat pemain seperti Safiq Rahim dan Amri Yahyah mampu membantu dua peledak dihadapan. Semua prestasi kedua pemain ini akan memuncak tepat pada masanya kerana inilah masanya untuk mereka membuktikan dan menutup segala kritikan terhadap skuad kebangsaan.

Memang tidak dinafikan, bebanan yang bakal ditanggung oleh semua pemain dalam perlawanan Malaysia vs Singapore. Namun rasanya , pasukan tuan rumah juga pasti tertekan untuk mengutip sekurangnya satu mata dalam misi mereka mempertahankan kejuaraan.

Selamat berjuang Harimau Malaya.. Bangkitlah Demi Malaysia

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *