Breaking News
Home » Berita » Harian Metro : 4/3/2011 Padah Tonik Gila

Harian Metro : 4/3/2011 Padah Tonik Gila

Aku tertarik dengan muka depan harian metro hari ni..cerita pasal minuman air syaitan yang menjadi kegilaan yang rata ratanya adalah orang melayu.Apa tidaknya dengan harga semurah RM3.30 dengan isi kandungan 150ml dah cukup buat ramai yang menjadikan minuman ini habuan nafsu harian..

Apa yang nak aku katakan kat sini dah memang sahlah arak tu haram di sisi agama islam tapi akibatnya juga sangat tragis..penyakit yang sengaja di cari.Mungkin itu balasan Allah..tapinya boleh di elakkan jika kita tak menjadi peneguk tegar air syaitan itu.Sedap sangat ke sampai tergila gila benda yang macam ni.Bagi aku baunya sahaja dah meloyakan..uwekkkk..geli tekak aku..!!

Harian metro hari ini melaporkan..ramai belia dilaporkan mengalami simptom muntah darah gara-gara ketagihan sejenis minuman keras digelar ‘tonik gila’ atau ‘samsu setan’.
Lebih mengejutkan apabila gejala penyakit berkenaan dikesan berpunca daripada kadar alkohol terlalu tinggi sehingga mencecah 43 peratus di dalam minuman terbabit, sekali gus mengancam nyawa individu yang ketagih minuman itu.Dah tahu memang ada kesan..kenapa di teguk air tu???
Sudah sudahlah..bawa bawalah berubah..tak hebat mana pun kalau minum menda haram tu..!!

Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:

”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka”

p/s : harap pihak berwajib boleh pantau dan ambil tindakan yang wajar mengenai permasalahan ini.

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

7 comments

  1. ayooo..
    macam2la dunia la ni..
    erm, just rm3.30 jer?
    murah gila…
    HUHU

    MySuaraBlog: Atasi NYANYUK Dengan Perkahwinan

  2. lorh.. ad gak cam tue.. plik2 la bnde yg berlaku skunk neh..

  3. hhmmm….mcm takde air lain kan nak minum..

    adooiii…tak tahan jiwa…abis jd mcm tu…

    p/s:hukum sebat dlm islam…tak sama dgn hukum sebat skrg yg diamalkan…huhuhu..

  4. bila akal tak digunakan dengan betul…

  5. mak aiyhh..kompom weng gegila oo

  6. sedih tgk bangsaku jdi begini..

  7. murah gila,,yg rosaknya semua MELAYU 🙁

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *