Breaking News
Home » Berita » Harian Metro : 15/3/2011 Dimakan Kawan

Harian Metro : 15/3/2011 Dimakan Kawan

“Cukuplah pengalaman tujuh bulan dipenjarakan di luar negara selepas menjadi keldai dadah,” kata Nur Dhiya Ain Rosman, 20, yang dibebaskan dari penjara Cape Town, Afrika Selatan, 9 Mac lalu.
Cerita harian metro hari ini agak perlu untuk kita jadikan tauladan agar lebih berhati hati dalam menerima sebarang tawaran dari mana mana pihak.

Nur Dhiya dipenjarakan di Cape Town selama tujuh bulan bermula 14 Ogos tahun lalu hingga 9 Mac lalu selepas ditahan dan didapati bersalah kerana membawa 1.2 kilogram dadah jenis syabu.
Menurutnya, ketika ditahan dia tidak mengetahui apa-apa mengenai dadah itu dan terkejut selepas menyedari ditipu rakan baik yang dikenali sejak kecil.Katanya, dia bersetuju melancong ke Cape Town selepas diajak rakan baiknya itu yang menawarkan tiket penerbangan dan penginapan percuma selama empat hari ke negara itu, tetapi rakannya membatalkan percutian pada saat akhir menyebabkan dia terpaksa pergi seorang diri.

Seorang rakan pun sanggup memperdayakan rakan sendiri.Jadi bagaimana jika orang yang tidak di kenali.Oleh itu kita kenalah berhati hati dalam menerima apa jua tawaran yang menarik dan mencurigakan.Kerana mereka ini menawarkan dan membuat perbagai tawaran yang menarik dan tak masuk akal untuk menjerat mangsa untuk di jadikan kaldai dadah.Kes seperti ini telah banyak berlaku jadi jadikan tauladan buat kita semua.
Dapatkan pandangan pihak berkuasa jika anda di tawarkan sesuatu yang anda rasa tak masuk akal..!!

Berita Penuh METRO

Kiz another Blog DISINI

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

6 comments

  1. betol.! zaman sekarang ni memang kene banyak berhati hati.!

  2. hanya percaya pada diri sendiri..

  3. manusia zaman sekarang sanggup lakukan apa saja…

    bukan setakat kawan..adik beradik pon sanggup…

  4. hmm … ssah begini, kawan makan kawan .. baik berkawan dengan keldai.. ye dak?

  5. “ZAman sekarang ni,saudara sendiri pun tak boleh percaya apatah lagi kawan baik,kawan-kawan yg tak berapa baik tu lagilah tak boleh percaya..”

  6. aduiii…kawan baik sendiri pon dah tak bole caya sekarang nie kan..=.=’
    sanggup buat macam tu kat kawan sendiri…haih ..=.=’

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *