Home » Uncategorized » Harian Metro | 12 04 2011 | Antara 2 Darjat | Helikopter Terhempas Di Tiup Angin | Bakar Rumah Ibu

Harian Metro | 12 04 2011 | Antara 2 Darjat | Helikopter Terhempas Di Tiup Angin | Bakar Rumah Ibu

Antara 2 darjat.Kerana mementingkan darjat seorang wanita berusia 50-an didakwa sanggup mengupah sekumpulan tiga samseng bagi membelasah menantunya di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

tindakan itu dilakukan wanita terbabit kerana tidak merestui hubungan perkahwinan pasangan berkenaan sejak enam bulan lalu kerana hanya bekerja sebagai operator di sebuah kilang di ibu kota dan tidak mampu memberikan kemewahan kepada anaknya itu, selain tidak setaraf dengannya.

Apo kes ni..ada lagi ke yang pandang pada darjat.Apa hina sangat ke kerja kilang?? Janji rezeki tu halalkan..ada masalah ke?? Bahaya jugalah sekarang ni main upah upah je belasah orang..

“Helikopter itu terhoyong-hayang sebelum terhempas,” kata seorang saksi yang melihat kejadian helikopter jenis Bell 206 Jet Ranger yang membawa anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Bintangor, Sarikei terhempas di Dataran Sibu berhadapan Wisma Sanyan, di sini, semalam. helikopter itu terhempas beberapa minit selepas menurunkan Setiausaha Akhbar Menteri Pelajaran, Hafiz Abdul Halim bersama dua pengawal pengiring Timbalan Perdana Menteri untuk menghadiri Program Pemantapan Profesion Perguruan Bersama Warga Guru Bahagian Sibu yang bakal dirasmikan Muhyiddin di sebuah hotel di sini.

juruterbang pesawat itu, Kapten Sahaimi Ghazali, 38, yang parah pada hati dan paru-paru kanan akibat hentakan kuat disahkan meninggal dunia jam 8.36 malam di Hospital Sibu selepas menjalani pembedahan.

Bagaikan aksi dalam filem apabila kakitangan awam yang murung gara-gara kecewa permintaan untuk mendapatkan wang serta berkahwin tidak diendahkan keluarganya, bertindak memanjat bumbung lalu membakar rumah ibunya di Kampung Alor Madi, Anak Bukit.
lelaki berusia 28 tahun itu dikatakan hilang pertimbangan berpunca daripada permintaannya untuk mendapatkan RM200 daripada ibunya,tapi tidak dilayan.

RM200 punya pasal beribu hangus macam tu je..nilah yang di katakan seperti peribahasa.. Kerana marahkan nyamuk..habis kelambu di bakat..

Full Artikel di Harian Metro

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

5 comments

  1. xpaham tul mentua camtu..isy2..

  2. ngeri2.. X_X

  3. singgah n follow your blog..

    argh siapa kentut

  4. mcm2 hal…sekurang kurang nya kerja jgk kan…ishhhh2…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *